matriks | matrix | Nombor yang disusun dalam m baris dan n lajur untuk membentuk susunan segi empat tepat. Matriks ini dikatakan matriks berperingkat m × n. Lihat Contoh | Menengah Atas |
data terkumpul | grouped data | Data mentah yang disusun mengikut selang kelas yang seragam. Contohnya, markah bagi 50 pelajar mengikut selang kelas 0 -9, 10 -19, 20 - 29. | Menengah Atas |
jujukan | sequence | Satu set nombor atau objek yang disusun mengikut pola tertentu. | Menengah Atas |
tertib nombor | numerical order | Satu set nombor yang disusun dalam urutan menaik atau menurun. | Menengah Rendah |
data tak terkumpul | ungrouped data | Data yang tidak disusun dalam bentuk pengelasan. | Menengah Rendah |
data tak terkumpul | ungrouped data | Data mentah yang tidak disusun mengikut sebarang pengelasan. Setiap satunya wujud secara individu. Contohnya, markah bagi 5 pelajar ialah 60, 80, 65, 90, 73. | Menengah Atas |
teselasi | tessellation | Corak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pola | pattern | Corak tertentu dalam senarai nombor atau objek yang disusun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
median | median | Nilai di tengah-tengah bagi satu set data yang disusun mengikut tertib. Contohnya, bagi set data 3, 4, 5, 8, 9, median = 5. | Menengah Rendah |
median | median | Nilai yang terletak di tengah-tengah susunan suatu set nombor yang disusun secara tertib. Contohnya, median bagi nombor-nombor 2, 3, 4, 5, 6 ialah 4. | Menengah Atas |