Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pelaburaninvestmentWang yang digunakan untuk perniagaan tertentu yang akan memberi keuntungan pada masa hadapan seperti pembelian saham, dan menjadi ahli koperasi sekolah.Sekolah Rendah

Kembali ke atas