hukum kalis tukar tertib | commutative law | Hukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3. | Menengah Rendah |
hasil darab | product | Nilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, hasil darab 30 × 2 ialah 60. | Menengah Atas |
hasil darab | product | Nombor atau jumlah yang diperoleh apabila mendarabkan dua nombor atau lebih. Contoh, hasil darab 2 dengan 8 ialah 16. | Sekolah Rendah |
hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu angka dibahagikan dengan satu angka yang lain. Contohnya, hasil bahagi 64 ÷ 4 ialah 16. | Menengah Atas |
hasil darab | product | Nilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, 10 × 2 = 20, 20 ialah hasil darab. | Menengah Rendah |
hasil bahagi | quotient | Nombor atau jumlah yang diperoleh apabila membahagikan sesuatu nombor dengan satu nombor yang lain. Contoh, hasil bahagi 16 dengan 2 ialah 8. | Sekolah Rendah |
hasil tambah punca | sum of roots | Jika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil tambah punca ialah α + ß. | Menengah Atas |
hasil darab punca | product of roots | Jika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß. | Menengah Atas |
hasil bahagi | quotient | Nilai yang diperoleh apabila satu nombor dibahagi dengan satu nombor lain. Contohnya, 45 ÷ 3 = 15, 15 ialah hasil bahagi. | Menengah Rendah |
sifat kalis agihan | distributive property | Sifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4. | Menengah Atas |