ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44. | Menengah Atas |
hubungan tak linear | non-linear relation | Hubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat Contoh | Menengah Atas |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
kesamaan | equality | Hubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol (=). | Menengah Atas |
kesamaan | equality | Hubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol =. Contohnya, 1m = 100 cm. | Menengah Rendah |
kurang daripada | less than | Perihal hubungan antara sepasang nombor yang menunjukkan nombor mana mempunyai nilai yang lebih kecil. Hubungan ini ditunjukkan dengan simbol <. Contohnya, 7 < 8 yang bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Rendah |
hubungan | relation | Perkaitan antara unsur daripada satu set dengan unsur daripada satu set lain dengan menggunakan peraturan tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
hubungan | relation | Perkaitan antara pemboleh ubah. Contohnya, x < y, a² + b² = 1 dan 3p + 4q = 5. | Menengah Rendah |
kadar | rate | Hubungan yang menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap suatu kuantiti yang lain. | Menengah Rendah |
fungsi | function | Hubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |