Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ra/] | جارق

Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar (biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda (keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha mul­tifida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat minyak), Ricinus communis. minyak ~ a. minyak yg dibuat drpd buah jarak (biasanya digunakan utk minyak pelita dll). b. minyak utk mencuci perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
altitudaltitude1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak bagi segi tiga. 3. Jarak serenjang antara garis selari bagi segi empat selari. Lihat ContohMenengah Rendah
altitudaltitude1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat ContohMenengah Atas
sama jarakequidistantPerihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Contohnya, dua titik yang berbeza pada lilitan suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari titik pusat bulatan tersebut.Menengah Atas
sama jarakequidistantPerihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Lihat ContohMenengah Rendah
graf jarak-masadistance-time graphGraf yang menunjukkan jarak perjalanan per unit masa. Kecerunan graf menunjukkan ukuran laju. Lihat rajahMenengah Atas
isometriisometryPenjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran.Menengah Rendah
isometriisometryPenjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajahMenengah Atas
jarakdistanceUkuran jauh atau ruang di antara dua titik.Menengah Rendah
jarakdistanceUkuran panjang di antara dua titik atau objek. Lihat ContohSekolah Rendah
sesarandisplacementJarak vektor dari suatu titik tetap diukur dalam arah tertentu. Lihat rajahMenengah Atas
1234

Kembali ke atas