Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sad] | جسد

Definisi : 1. tubuh atau badan (manusia) yg wujud (sbg lawan roh): hanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isteri­nya di kampung; 2. Ar tubuh atau badan yg tidak bernyawa lagi: ~nya terbujur di per­baringan; 3. (Fiz) sesuatu yg wujud yg boleh dipegang atau dilihat: meteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sad] | جسد

Definisi : sesuatu yg wujud dan dpt dipegang dan dilihat; badan; tubuh: ~ saja yg ada tetapi rohnya sudah melayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasad (kata nama)
Bersinonim dengan badan, tubuh, jisim;,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dinamikdynamicsCabang ilmu mekanik yang berkaitan dengan kesan daya dan hubungannya dengan gerakan jasad.Menengah Atas
dinamikdynamicsCabang ilmu mekanik yang berkaitan dengan kesan daya dan hubungannya dengan gerakan jasad.Menengah Rendah

Kembali ke atas