kira | calculate | Proses untuk mencari jawapan, biasanya dengan melakukan operasi menambah, menolak, mendarab atau membahagi sebarang nombor. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
justifikasi | justification | Penjelasan untuk menyokong sesuatu jawapan. | Menengah Rendah |
algoritma | algorithm | Peraturan atau langkah pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
menentusahkan | verify | Menentukan dan mengesahkan betul atau salah sesuatu jawapan. | Menengah Rendah |
ketaksamaan setara | equivalent inequalities | Ketaksamaan yang mempunyai penyelesaian atau jawapan yang sama. Contohnya, x > 2 dan x ≤ 5, setara dengan 2 < x ≤ 5. | Menengah Rendah |
rumus | formula | Kaedah atau peraturan pengiraan yang digunakan untuk mendapatkan jawapan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
kaedah cuba-cuba | trial and error method | Kaedah mencuba pelbagai cara untuk mencari jawapan yang betul. | Sekolah Rendah |
tambah berulang | repeated addition | Operasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12. | Menengah Rendah |