kaedah penghapusan | elimination method | Kaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah. | Menengah Atas |
kaedah unitari | unitary method | Kaedah pengiraan untuk mencari nilai beberapa item yang sama dengan terlebih dahulu mencari nilai satu item tersebut. | Menengah Rendah |
kaedah penghapusan | elimination method | Kaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah. | Menengah Rendah |
kaedah unitari | unitary method | Kaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kaedah pematahbalikan | working backward method | Kaedah penyelesaian algoritma yang bermula dari peringkat hasil ke arah penyataan masalah. | Menengah Atas |
kaedah cuba jaya | trial and improvement method | Kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan punca suatu persamaan matematik. | Menengah Atas |
kaedah cuba-cuba | trial and error method | Kaedah mencuba pelbagai cara untuk mencari jawapan yang betul. | Sekolah Rendah |
kaedah cuba-cuba | trial and error method | Sebarang kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah matematik berdasarkan andaian tertentu. | Menengah Rendah |
pemilihan rawak | random selection | Kaedah pemilihan yang membolehkan setiap ahli dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dikenali juga sebagai pensampelan rawak. | Menengah Atas |
tertib | order | Kaedah tertentu untuk menyusun sesuatu. | Menengah Atas |