pendapatan | income | Wang yang diterima kerana melakukan pekerjaan termasuk gaji dan elaun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
gaji | salary | Upah yang diterima kerana kerja yang dilakukan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sewa | rent | Wang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat. | Sekolah Rendah |
rugi | loss | Nilai wang yang terkurang kerana harga kos lebih tinggi daripada harga jual. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
kuasa tiga sempurna | perfect cube | Nombor yang bersamaan dengan kuasa tiga bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 27 ialah kuasa tiga sempurna kerana 27 = 3³. | Menengah Rendah |
kuasa dua sempurna | perfect square | Nombor yang bersamaan dengan kuasa dua bagi suatu nombor bulat. Contohnya, 25 ialah kuasa dua sempurna kerana 25 = 5². | Menengah Rendah |
ujian kebolehbahagian | divisibility test | Ujian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3. | Menengah Atas |