Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
aras lautsea levelAras permulaan yang digunakan untuk mengukur altitud daratan dan kedalaman lautan.Lihat ContohMenengah Atas

Kembali ke atas