Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih.le.bih] | لبيه٢

Definisi : , = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebih-lebih

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lukisan berskalascale drawingLukisan yang mewakili objek sebenar mengikut skala tertentu. Lukisan berskala boleh jadi lebih besar atau lebih kecil daripada objek sebenar. Lihat rajahMenengah Atas
lukisan berskalascale drawingLukisan yang mewakili objek sebenar mengikut skala tertentu. Lukisan berskala boleh jadi lebih besar atau lebih kecil daripada objek sebenar.Menengah Rendah
rencatanretardationPerubahan daripada halaju yang lebih tinggi kepada halaju yang lebih rendah.Menengah Rendah
ketaksamaaninequalityHubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44.Menengah Atas
ganda duadoubleMenjadikan sesuatu nilai atau kuantiti dua kali lebih besar atau dua kali lebih banyak. Lihat ContohSekolah Rendah
tidak lebih daripadanot more thanPerihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5.Menengah Rendah
ketaksamaaninequalityHubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5.Menengah Rendah
tidak lebih daripadanot more thanPerihal nilai suatu nombor yang kurang daripada atau sama dengan nilai satu nombor lain. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, nombor 3, 4 dan 5 tidak lebih daripada 5 atau x ≤ 5.Menengah Atas
ambiguitiambiguityPerihal mempunyai lebih daripada satu bentuk, makna, nilai atau penyelesaian.Menengah Atas
tokokincreasePerubahan sesuatu menjadi lebih besar dari segi saiz, amaun atau nilai.Menengah Atas
12345678

Kembali ke atas