luas | area | Ukuran besarnya sesuatu permukaan. Unit ukuran bagi luas ialah sentimeter persegi (cm2) ataupun meter persegi (m2). Rumus luas: luas = panjang × lebar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
luas tapak | base area | Luas bahagian paling bawah sesuatu bentuk, pepejal atau objek tiga dimensi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
luas tapak | base area | Luas permukaan paling bawah sesuatu bentuk tiga dimensi. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
luas | area | Ukuran saiz sesuatu permukaan atau kawasan. Contohnya, luas segi empat tepat = panjang × lebar. | Menengah Atas |
luas | area | Ukuran ruang sesuatu permukaan atau kawasan tertutup. | Menengah Rendah |
meter persegi | square metre | Unit ukuran bagi luas permukaan dalam sistem metrik. Singkatannya, m². | Menengah Rendah |
sentimeter persegi | square centimetre | Unit ukuran bagi luas permukaan. Simbol sentimeter persegi ialah cm². Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
meter persegi | square metre | Unit ukuran bagi luas permukaan. Simbol meter persegi ialah m². Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ekar | acre | Unit ukuran dalam Sistem Imperial bagi luas tanah atau kawasan yang bersamaan dengan 4840 ela persegi. | Menengah Rendah |
histogram | histogram | Cara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam setiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat yang bersambung. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Lihat Rajah | Menengah Atas |