[me.na.war.kan] | مناورکن
Definisi : mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): seorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.war.kan] | مناورکن
Definisi : 1. menyebabkan (menjadikan) tawar; 2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dll), menjampi supaya hilang kekuatan: dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; 3. = ~ hati menjadikan tawar hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.war.kan] | مناورکن
Definisi : menunjukkan sesuatu supaya dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima, dipakai dsb: Penjaja itu ~ barang-barang jualannya. Dia ~ rokok kpd rakan-rakannya. Kerajaan ~ biasiswa kpd para penuntut di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.na.war.kan] | مناورکن
Definisi : menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)