pendaraban skalar | scalar multiplication | Proses mendarab satu vektor dengan skalar dan menghasilkan vektor yang selari dengan vektor asal. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pendaraban berulang | repeated multiplication | Proses mendarab dengan angka yang sama berulang kali. Contohnya, 6 × 6 × 6 × 6. | Menengah Rendah |
darab silang | cross multiply | Proses mendarab pengangka dengan penyebut secara bersilang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
darab silang | cross-multiply | Kaedah menulis semula sesuatu persamaan dengan mendarab secara bersilang. Lihat Contoh | Menengah Atas |
darab silang | cross-multiply | Kaedah menulis semula sesuatu hubungan dengan mendarab pengangka dengan penyebut secara bersilang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kira | calculate | Proses untuk mencari jawapan, biasanya dengan melakukan operasi menambah, menolak, mendarab atau membahagi sebarang nombor. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |