kubus unit | unit cube | Kubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor ganjil | odd number | Integer yang tidak boleh dibahagi tepat dengan angka 2. Contohnya, −7, −5, −3, −1, 1, 3, 5, 7, ... | Menengah Atas |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
sentimeter padu | cubic centimetre | Unit ukuran bagi isi padu dalam sistem metrik dan ditulis sebagai cm³. 1 cm³ = 1 ml. | Menengah Atas |
integer | integer | Nombor bulat dan nombor negatifnya. Contoh set integer ialah {. . ..−3, −2, −1, 0, 1, 2, 3 . . . }. | Menengah Atas |
matriks baris | row matrix | Matriks dengan hanya 1 baris. Contohnya, (3 5 1) | Menengah Atas |
knot | knot | Unit ukuran untuk menyukat kelajuan kapal laut atau kapal terbang dan seumpamanya. 1 knot = 1 batu nautika sejam. | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ... | Menengah Atas |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13. | Menengah Rendah |
kebarangkalian | probability | Ukuran berangka tentang kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Nilai kebarangkalian terletak antara 0 dengan 1, 0 ≤ P (A) ≤ 1. | Menengah Atas |