Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sisisideTembereng yang menghubungkan dua bucu bersebelahan bagi sesuatu poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan bulatan atau sfera dan melalui pusat bulatan atau sfera tersebut. Lihat rajahMenengah Atas
perentaschordTembereng garis yang menghubungkan mana-mana dua titik pada sesuatu lengkung. Lihat ContohMenengah Rendah
jejariradiusGaris lurus yang menghubungkan pusat bulatan atau sfera dengan titik pada lilitan bulatan atau sfera tersebut. Lihat ContohMenengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan pada bulatan atau sfera. Lihat ContohMenengah Rendah
pepenjurudiagonalGaris lurus yang menghubungkan dua penjuru poligon yang tidak bersebelahan. Lihat ContohSekolah Rendah
jejariradius1. Garis lurus yang menghubungkan pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. 2. Jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera. Lihat rajahMenengah Atas
graf garisline graphGraf yang menggunakan tembereng garis untuk menghubungkan titik data dan memaparkan perubahan terhadap data dalam tempoh tertentu. Lihat rajahMenengah Atas
temberengsegment1. Bahagian suatu bulatan yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok tersebut. 2. Rantau yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas dalam suatu bulatan.Menengah Atas
temberengsegment1. Bahagian sesuatu garis lurus dengan panjang tertentu. 2. Bahagian sesuatu bulatan yang dihadkan oleh suatu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok berkenaan. 3. Bahagian sesebuah bongkah yang dipotong oleh suatu satah.Menengah Rendah

Kembali ke atas