Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kaedah penghapusanelimination methodKaedah untuk menyelesaikan sistem persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah.Menengah Atas
kaedah penghapusanelimination methodKaedah untuk menyelesaikan persamaan serentak dengan menghapuskan salah satu pemboleh ubah.Menengah Rendah
operasioperationProses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi.Menengah Atas
operasioperationProses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tambah, tolak, darab dan bahagi ialah empat operasi asas dalam matematik.Menengah Rendah
hukum indekslaw of indicesPeraturan yang digunakan bagi menyelesaikan satu operasi yang melibatkan indeks. Contohnya, am x an = a(m+n).Menengah Rendah
ansuraninstallmentBayaran yang dibuat sedikit demi sedikit untuk menyelesaikan hutang. Lihat ContohSekolah Rendah
komisencommissionUpah yang diberi kepada ejen jualan apabila berjaya menyelesaikan urus niaga.Menengah Rendah
bankrapbankruptKeadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis.Sekolah Rendah
punca persamaanroot of an equationNilai yang memuaskan suatu persamaan atau menyelesaikan persamaan. Contohnya, x2 − x − 2 = 0. Punca persamaan ialah −1 dan 2.Menengah Atas
kaedah cuba-cubatrial and error methodSebarang kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah matematik berdasarkan andaian tertentu.Menengah Rendah

Kembali ke atas