Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kin] | موڠکين

Definisi : tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ se­dapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkin­an, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kin] | موڠکين

Definisi : boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alu pencungkil duri.

Bermaksud :

Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyelesaian yang mungkinpossible solutionNilai yang mungkin diperoleh bagi pemboleh ubah yang menghasilkan persamaan yang betul. Contohnya, bagi persamaan x2 = 64. Penyelesaian yang mungkin bagi nilai x ialah +8 dan -8.Menengah Rendah
kesudahan yang mungkinpossible outcomeHasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas.Menengah Atas
domaindomainSatu set objek yang mungkin bagi pemboleh ubah untuk sesuatu hubungan. Lihat rajahMenengah Atas
sama kemungkinanequally likelyPerihal kesudahan yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama.Menengah Atas
sama kemungkinanequally likelyPerihal perkara yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama.Menengah Rendah
rawakrandomPerihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama.Menengah Rendah
ruang sampelsample spaceSet yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji.Menengah Atas
ruang sampel barangkali samaequiprobable sample spaceSet yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji dan mempunyai peluang yang sama untuk berlaku.Menengah Atas
rawakrandomPerihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama.Menengah Atas
gambar rajah pokoktree diagramGambar rajah yang mewakili cara sistematik untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin dalam satu uji kaji. Lihat ContohMenengah Atas
12

Kembali ke atas