titik persilangan | point of intersection | Titik tempat dua atau lebih garis bersilang dan memberikan penyelesaian kepada persamaan-persamaan terlibat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
punca persamaan | root of an equation | Nilai yang memuaskan suatu persamaan atau menyelesaikan persamaan. Contohnya, x2 − x − 2 = 0. Punca persamaan ialah −1 dan 2. | Menengah Atas |
persamaan linear | linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1. | Menengah Atas |
persamaan tak linear | non-linear equation | Persamaan yang melibatkan ungkapan tak linear. Contohnya, 2x² + 4x = 1. | Menengah Rendah |
persamaan tak linear | non-linear equation | Persamaan yang terdiri daripada ungkapan tak linear. Contohnya, 4x² + 5x = 1. | Menengah Atas |
punca persamaan | root of an equation | Nilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini. | Menengah Rendah |
persamaan linear serentak | simultaneous linear equation | Dua persamaan linear yang mempunyai pemboleh ubah yang sama. Contohnya, x + y = 3 dan 2x − 3y = 1. | Menengah Rendah |
pembeza layan | discriminant | Ungkapan b² - 4ac dalam persamaan kuadratik ax² + bx+ c = 0. Pembeza layan boleh digunakan untuk menentukan jenis punca kepada persamaan kuadratik. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajah | Menengah Atas |
pekali pelopor | leading coefficient | Pekali yang tertinggi dalam suatu ungkapan polinomial dan dalam satu pemboleh ubah. Contohnya, dalam persamaan 4x² + 5x − 1, pekali pelopor ialah 4. | Menengah Atas |
persamaan | equation | Pernyataan matematik yang menyatakan kesamaan dua ungkapan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Atas |