kubus unit | unit cube | Kubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Contoh | Menengah Rendah |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
milimeter | millimetre | Unit ukuran bagi panjang. Simbol milimeter ialah mm. 1 meter = 1 000 milimeter. | Sekolah Rendah |
miligram | milligram | Unit ukuran bagi jisim. Simbol miligram ialah mg. 1 gram = 1 000 miligram. | Sekolah Rendah |
kilogram | kilogram | Unit ukuran bagi jisim. Simbol kilogram ialah kg. 1 kg = 1 000 g. | Sekolah Rendah |
mililiter | millilitre | Unit ukuran bagi isi padu. Simbol mililiter ialah ml. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
liter | litre | Unit ukuran bagi isi padu cecair. Simbol liter ialah l. 1 liter = 1 000 mililiter. | Sekolah Rendah |
kilometer | kilometre | Unit ukuran bagi panjang atau jarak. Simbol kilometer ialah km. 1 km = 1 000 m. | Sekolah Rendah |
nombor perdana | prime number | Nombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13. | Menengah Rendah |
alaf | millennium | Tempoh selama 1 000 tahun. Alaf dikenali juga sebagai milenium. 1 alaf = 1 000 tahun. | Sekolah Rendah |