Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
keratan rentas seragamuniform cross sectionKeratan rentas yang terhasil daripada pemotongan pada bentuk pepejal, yang sama saiz dan bentuk seperti tapaknya. Lihat ContohMenengah Rendah
keratan rentascross sectionPermukaan yang terhasil daripada pemotongan sesuatu bentuk pepejal geometri. Lihat ContohMenengah Rendah
garis rentas lintangtransversal lineGaris yang bersilang dengan dua garis atau lebih. Lihat ContohMenengah Rendah
prisma segi tigatriangular prismPrisma yang mempunyai keratan rentas berbentuk segi tiga. Lihat rajahMenengah Atas
silinder membulat tegakright circular cylinderPepejal yang mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulat serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat rajahMenengah Atas
prisma segi empat tepatrectangular prismPrisma yang mempunyai keratan rentas berbentuk segi empat tepat. Lihat rajahMenengah Atas
silinder membulat tegakright circular cylinderSilinder yang mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulat serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas