saat | second | Unit asas bagi ukuran masa. 60 saat = 1 minit. Singkatannya ialah s. | Menengah Atas |
saat | second | Unit asas bagi ukuran masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit. | Menengah Rendah |
saat | second | Unit ukuran bagi masa. 1 minit = 60 saat. | Sekolah Rendah |
masa | time | Tempoh yang dinyatakan dalam unit seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
minit | minute | Unit ukuran bagi masa. 1 minit = 60 saat. | Sekolah Rendah |
jam digital | digital clock | Jam yang tidak mempunyai jarum penanda jam, minit dan saat. Masa ditunjukkan oleh angka. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
jam analog | analogue clock | Jam yang biasanya mempunyai jarum penanda jam, minit, dan saat. Muka jam menunjukkan angka 1 hingga 12. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit | unit | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim. | Menengah Rendah |
jam analog | analogue clock | Jam yang mempunyai nombor 1 hingga 12, angka Roman atau penanda lain pada muka jam, dan mempunyai jarum jam, minit dan saat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |