pembesaran | enlargement | Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap. | Menengah Atas |
pembesaran | enlargement | Transformasi @ penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek. Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
faktor skala | scale factor | Nisbah saiz imej berbanding saiz objek dalam pembesaran. Faktor skala, | Menengah Rendah |
magnitud | magnitude | 1. Saiz sesuatu benda. 2. Panjang garis yang mewakili satu vektor. | Menengah Atas |
luas | area | Ukuran saiz sesuatu permukaan atau kawasan. Contohnya, luas segi empat tepat = panjang × lebar. | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu seperti tinggi, panjang, lebar atau garis pusat. | Menengah Rendah |
minimum | minimum | Nilai, amaun, atau saiz yang paling kecil atau rendah dalam satu set data. | Sekolah Rendah |
maksimum | maximum | Nilai, amaun, atau saiz yang paling besar atau tinggi dalam satu set data. | Sekolah Rendah |
simetri | symmetry | Padanan tepat dari segi saiz dan bentuk di antara satu bahagian atau sisi suatu arah atau objek. | Menengah Rendah |