satah koordinat | coordinate plane | Satah yang terbentuk oleh dua garis nombor yang bersilang pada asalan. | Menengah Rendah |
normal kepada satah | normal to a plane | Perihal garis yang serenjang atau bersudut tegak dengan satah yang berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
unjuran ortogon | orthogonal projection | Imej yang terbentuk pada satu satah hasil daripada unjuran garis dari objek yang serenjang dengan satah tersebut. Lihat rajah | Menengah Atas |
satah | plane | Permukaan rata yang memanjang dalam semua arah dan bersifat dua dimensi. | Menengah Atas |
satah | plane | Satu permukaan rata dalam semua arah dan bersifat dua dimensi. | Menengah Rendah |
poligon | polygon | Rajah satah tertutup yang sisinya terdiri daripada 3 atau lebih tembereng garis lurus yang tidak semestinya sama panjang. Lihat rajah | Menengah Atas |
poligon | polygon | Rajah satah yang tertutup, yang sisinya terdiri daripada tiga atau lebih tembereng garis lurus. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sukuan | quadrant | Bahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam. | Menengah Atas |
serong | oblique | Perihal garis satah atau objek yang tidak menegak dan tidak melintang. | Menengah Rendah |
translasi | translation | Pemindahan semua titik pada satu satah mengikut arah dan magnitud suatu vektor. Lihat Contoh | Menengah Atas |