Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hubungan satu kepada satuone to one relationPadanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
satu perempatone quarter/one over fourSatu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
satu perduaone half/one over twoSatu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
garislineTanda lurus atau melengkung yang terhasil apabila satu titik bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
taburandistribution1. Susunan relatif suatu set nombor. 2. Satu set nilai bagi satu pemboleh ubah, dan kekerapan setiap nilai tersebut.Menengah Atas
faktorfactorNombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1).Menengah Atas
hujahargumentSatu set pernyataan logik untuk membuat kesimpulan. Satu hujah terdiri daripada dua atau lebih premis dan satu kesimpulan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Atas
garis bersilangintersecting linesGaris-garis yang melepasi satu sama lain pada satu titik pertemuan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
garis bersilangintersecting linesGaris-garis yang melintasi atau memotong antara satu sama lain pada satu titik pertemuan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat rajahMenengah Atas
ubahan songsanginverse variationHubungan antara dua pemboleh ubah. Apabila satu pemboleh ubah meningkat, satu pemboleh ubah lagi akan menurun pada kadar malar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas