Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gi] | سݢي

Definisi : 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gi] | سݢي

Definisi : 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: sisi, sanding, penjuru, sudut, bucu, hujung, juring, birai,

2. Bersinonim dengan sudut pandangan: aspek, dasar pandangan,

3. Bersinonim dengan lajur: kolum, jurai, petak, pias, garis lebar, ruang panjang,

Kata Terbitan : bersegi,

Puisi
 

Belah buluh bersegi-segi,
     Buat mari serampang ikan;
Kuasa Allah berbagai-bagai,
     Lebih laut dari daratan.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tangramtangramSegi empat sama yang terbahagi kepada 5 segi tiga, 1 segi empat sama dan 1 segi empat selari yang boleh disusun untuk dipadankan dengan reka bentuk tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
segi empat tepatrectangleSegi empat yang mempunyai 2 pasang sisi bertentangan yang sama panjang dan bersudut tegak. Lihat rajahMenengah Atas
segi empat selariparallelogramSegi empat yang mempunyai 2 pasang sisi bertentangan yang selari. Lihat rajahMenengah Atas
segi empat tepatrectangleSegi empat yang mempunyai empat sisi, empat sudut tegak, dan sisi yang bertentangan adalah sama panjang. Lihat ContohSekolah Rendah
segi tiga bersudut tegakright-angled triangleSegi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajahMenengah Atas
nombor segi tigatriangular numberNombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga PascalPascal's triangleTatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajahMenengah Atas
gridgridSatu set garis lurus yang merentasi antara satu sama lain biasanya berbentuk segi empat sama dan segi tiga sama. Lihat ContohSekolah Rendah
segi tiga sama sudutequiangular triangleSegi tiga yang ketiga-tiga sudutnya sama saiz, iaitu 60°. Lihat rajahMenengah Atas
segi tiga sama sisiequilateral triangleSegi tiga yang ketiga-tiga sisinya sama panjang, dan ketiga-tiga sudutnya sama besar. Lihat rajahMenengah Atas
123456789

Kembali ke atas