prisma segi empat tepat | rectangular prism | Prisma yang mempunyai keratan rentas berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
histogram | histogram | Cara untuk menggambarkan taburan kekerapan dengan kekerapan dalam setiap kelas diwakili oleh sebuah segi empat tepat yang bersambung. Luas segi empat tepat tersebut berkadaran dengan kekerapannya. Lihat Rajah | Menengah Atas |
segi empat tepat | rectangle | Segi empat yang mempunyai 2 pasang sisi bertentangan yang sama panjang dan bersudut tegak. Lihat rajah | Menengah Atas |
hiperbola segi empat tepat | rectangular hyperbola | Hiperbola yang dihasilkan oleh graf yang mempunyai persamaan x² - y² = ± k, k ialah pemalar dan k ≠ 0. Lihat rajah | Menengah Atas |
segi empat tepat | rectangle | Segi empat yang mempunyai empat sisi, empat sudut tegak, dan sisi yang bertentangan adalah sama panjang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
kuboid | cuboid | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan yang berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
luas | area | Ukuran saiz sesuatu permukaan atau kawasan. Contohnya, luas segi empat tepat = panjang × lebar. | Menengah Atas |
kuboid | cuboid | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan rata yang berbentuk segi empat tepat. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kuboid | cuboid | Bentuk tiga dimensi yang mempunyai enam permukaan berbentuk segi empat tepat. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
prisma tegak | right prism | Prisma yang dua dasarnya sejajar dan mempunyai permukaan sisi berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |