poligon sekata | regular polygon | Poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
poligon sekata | regular polygon | Poligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya sama saiz. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
translasi | translation | Pemindahan semua titik pada satu satah mengikut arah dan magnitud suatu vektor. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pilih atur | permutation | Tertib semua susunan yang boleh dibuat bagi satu kumpulan objek. Contohnya, objek A, B dan C boleh disusun mengikut pilih atur yang berbeza, iaitu ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA. | Menengah Atas |
kesatuan set | union of sets | Gabungan semua unsur bagi dua atau lebih set. Simbolnya ialah U. Lihat Contoh | Menengah Atas |
bulatan lilit | circumcircle | Bulatan yang melalui semua bucu poligon. Lihat rajah | Menengah Atas |
bersih | nett/net | Nilai akhir setelah semua potongan berkaitan dibuat. | Menengah Atas |
translasi | translation | Penjelmaan yang melibatkan pemindahan semua titik pada suatu satah melalui arah dan jarak yang sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
satah | plane | Satu permukaan rata dalam semua arah dan bersifat dua dimensi. | Menengah Rendah |