Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
poligon sekataregular polygonPoligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya adalah sama besar. Lihat ContohMenengah Atas
poligon sekataregular polygonPoligon yang semua sisinya sama panjang dan semua sudut pedalamannya sama saiz. Lihat ContohMenengah Rendah
rawakrandomPerihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama.Menengah Rendah
translasitranslationPemindahan semua titik pada satu satah mengikut arah dan magnitud suatu vektor. Lihat ContohMenengah Atas
pilih aturpermutationTertib semua susunan yang boleh dibuat bagi satu kumpulan objek. Contohnya, objek A, B dan C boleh disusun mengikut pilih atur yang berbeza, iaitu ABC, ACB, BAC, BCA, CAB, CBA.Menengah Atas
kesatuan setunion of setsGabungan semua unsur bagi dua atau lebih set. Simbolnya ialah U. Lihat ContohMenengah Atas
bulatan lilitcircumcircleBulatan yang melalui semua bucu poligon. Lihat rajahMenengah Atas
bersihnett/netNilai akhir setelah semua potongan berkaitan dibuat.Menengah Atas
translasitranslationPenjelmaan yang melibatkan pemindahan semua titik pada suatu satah melalui arah dan jarak yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
satahplaneSatu permukaan rata dalam semua arah dan bersifat dua dimensi.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas