Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajahMenengah Atas
titikpointTanda seperti noktah yang tidak mempunyai dimensi yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan dalam sesuatu satah atau ruang.Menengah Rendah
gundaltallyTanda seperti garis atau simpul yang dibuat sebagai peringatan semasa menghitung supaya tidak berlaku kesilapan mengira. Lihat ContohSekolah Rendah
terhinggafinitePerihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang ada hadnya.Menengah Atas
tak terhinggainfinitePerihal sesuatu seperti masa, ruang, tahap atau magnitud yang tidak ada hadnya.Menengah Atas
polinomialpolynomialUngkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah.Menengah Atas
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu seperti tinggi, panjang, lebar atau garis pusat.Menengah Rendah
asetassetHarta yang bernilai seperti barang, kenderaan, rumah, kedai, dan tanah yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat.Sekolah Rendah
sifatpropertyCiri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama.Menengah Rendah
masatimeTempoh yang dinyatakan dalam unit seperti saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun. Lihat ContohSekolah Rendah
1234

Kembali ke atas