segi tiga Pascal | Pascal's triangle | Tatasusunan pekali binomial dalam bentuk segi tiga. Setiap nombor merupakan hasil tambah dua nombor yang terletak di atasnya. Setiap baris bermula dan berakhir dengan angka 1. Segi tiga ini boleh berterusan sehingga ketakterhinggaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
sebutan | term | 1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. | Menengah Rendah |
lelayang | kite | Segi empat dengan setiap dua sisi bersebelahannya sama panjang. Pepenjurunya bersifat serenjang. Lihat rajah | Menengah Atas |
lelayang | kite | Sisi empat dengan setiap dua sisi bersebelahannya sama panjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tahunan | annual | Perihal sesuatu yang berlaku setiap tahun. | Menengah Rendah |
putaran | rotation | Penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nisbah sepunya | common ratio | Nisbah antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam sesuatu urutan geometri. | Menengah Rendah |
putaran | rotation | "Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
garis nombor | number line | Garis lurus yang setiap titik di atasnya berjarak sama dan mewakili satu nombor mengikut tertib. Lihat Contoh | Menengah Atas |
setahun | per annum | Perihal sesuatu yang berlaku setiap tahun. | Menengah Rendah |