sistem nombor | number system | Sistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut. | Menengah Rendah |
tanda sama dengan | equal signs | Simbol matematik yang menunjukkan kesamaan. Simbol ini ialah =. | Menengah Rendah |
pi | pi | Simbol atau nombor yang mewakili nisbah lilitan sesuatu bulatan kepada diameternya, yang bersamaan dengan 22⁄7, Π atau 3.142. | Menengah Atas |
nombor | number | Simbol yang menyatakan bilangan, jumlah atau kuantiti dan boleh dihitung. | Menengah Atas |
digit | digit | Simbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit. | Menengah Atas |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, … | Menengah Atas |
nombor | number | Simbol atau tanda yang menyatakan bilangan. | Menengah Rendah |
digit | digit | Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, … . | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, … dan i, ii, iii, iv, v, ... | Sekolah Rendah |