rawak | random | Perihal memperoleh sesuatu tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua hasil yang mungkin adalah sama. | Menengah Atas |
kamiran tak tentu | indefinite integral | Kamiran tanpa had tertentu. Lihat Contoh | Menengah Atas |
arah | direction | Hala gerakan sesuatu objek tanpa mengambil kira jaraknya. | Menengah Atas |
arah | direction | Hala gerakan sesuatu objek tanpa mengambil kira jaraknya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
rawak | random | Perihal memilih sesuatu antara semua yang mungkin tanpa dapat diramal kerana kebarangkalian untuk semua pilihan adalah sama. | Menengah Rendah |
sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |
teselasi | tessellation | Corak yang terhasil apabila beberapa jenis bentuk disusun rapat tanpa bertindih untuk menutup keseluruhan satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
nombor genap | even number | Nombor bulat yang boleh dibahagi dengan dua tanpa baki. Contoh, 2, 4, 6, 8, 10, 12, … | Sekolah Rendah |
halaju seragam | uniform velocity | Halaju yang dikekalkan pada magnitud yang tetap dan berterusan tanpa pecutan atau nyahpecutan. | Menengah Atas |
tangen kepada lengkung | tangent to a curve | Garis lurus yang menyentuh lengkungan pada suatu titik, tanpa memotongnya. Lihat rajah | Menengah Atas |