[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن
Definisi : (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[té.lé.vi.syen] | تيليۏيشن
Definisi : /télévisyen/ 1 proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya. 2 = peti ~ alat yg menerima siaran dlm bentuk bergambar dan bersuara. ~ litar tertutup a. sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik atau tempat tertentu di dlm bangunan dsb. b. sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)