selang masa | time interval | Tempoh masa antara dua peristiwa. | Menengah Atas |
selang masa | time interval | Tempoh masa antara dua peristiwa. | Menengah Rendah |
hari | day | Unit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam. | Menengah Atas |
susut nilai | depreciation | Penyusutan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa yang tertentu. | Menengah Atas |
susut nilai | depreciation | Pengurangan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa tertentu. | Menengah Rendah |
indeks harga | price index | "Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas. | Menengah Atas |
p.m. | p.m. | Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam. | Menengah Rendah |
a.m. | a.m. | Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari. | Menengah Rendah |
nombor indeks | index number | Nombor yang menunjukkan ukuran perubahan suatu kuantiti seperti harga barang, gaji, guna tenaga, dan anjakan pengeluaran pada suatu tempoh masa tertentu berbanding dengan nilainya pada waktu asas, 100. | Menengah Atas |
graf halaju-masa | velocity-time graph | Graf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajah | Menengah Atas |