Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téo.rem] | تيورم

Definisi : (téorem) (Mat) prinsip (dlm ilmu geometri) yg telah dibuktikan secara logik; ~ binomial rumus yg membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dgn tidak perlu didarab berkali-kali; ~ Pythagoras teorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téo.rem] | تيورم

Definisi : /téorem/ prinsip dlm ilmu geo­metri yg telah dibuktikan secara logis: ~ Pythagoras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teorem


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
teorem PythagorasPythagoras theoremTeorem yang menyatakan bahawa bagi sebarang segi tiga bersudut tegak (90°), kuasa dua hipotenusnya adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua panjang dua sisi yang lain. Teorem ini dapat dinyatakan dalam formula a²+ b² = c². Lihat rajahMenengah Atas
teorem bakiremainder theoremTeorem yang menyatakan bahawa jika suatu polinomial f(x) dibahagi dengan (x - a), dan a merupakan sebarang nombor nyata, maka bakinya ialah f(a).Menengah Atas
teorem PythagorasPythagoras’ theoremRumus segi tiga bersudut tegak (90°). Rumus ini ialah c² = a² + b². Lihat ContohMenengah Rendah
teorem tembereng selang-selialternate segment theoremCiri yang menyatakan bahawa sudut dalam tembereng yang berselang-seli adalah sama. Lihat ContohMenengah Rendah
akas teorem Pythagorasconverse of Pythagoras’ theoremPernyataan yang menyatakan bahawa dalam suatu segi tiga, jika hasil tambah kuasa dua bagi dua sisinya sama dengan kuasa dua sisi terpanjang, maka segi tiga tersebut adalah bersudut tegak dengan sudut tegak bersetentang dengan sisi terpanjang. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas