Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; me­ngenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Peribahasa

Potong hidung rosak muka.

Bermaksud :

Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nyahpecutandecelerationPenyusutan halaju terhadap masa.Menengah Atas
nyahpecutandecelerationPenyusutan halaju terhadap masa.Menengah Rendah
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan).Menengah Atas
kosinuscosineNisbah panjang sisi bersebelahan sesuatu sudut terhadap panjang sisi hipotenus segi tiga bersudut tegak. Singkatannya ialah kos.Menengah Atas
kadarrateHubungan yang menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap suatu kuantiti yang lain.Menengah Rendah
kadarrateHubungan antara sesuatu kuantiti atau nilai terhadap sesuatu kuantiti atau nilai yang lain. Kuantiti atau nilai diukur dalam unit yang berbeza. Lihat ContohSekolah Rendah
pecutan seragamuniform accelerationHalaju yang bertambah secara malar terhadap masa. Lihat rajahMenengah Atas
laju seragamuniform speedJarak yang bertambah secara malar terhadap masa.Menengah Atas
koordinatcoordinatePasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi-x dan paksi-y. Lihat ContohMenengah Atas
koordinatcoordinatePasangan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu titik terhadap paksi–x dan paksi–y. Lihat ContohSekolah Rendah
12

Kembali ke atas