pemboleh ubah | variable | Kuantiti yang nilainya tidak diketahui dan tidak tetap, yang boleh mewakili sebarang nilai. | Menengah Rendah |
serong | oblique | Perihal garis sendeng atau objek yang tidak menegak atau tidak mengufuk. Lihat rajah | Menengah Atas |
serong | oblique | Perihal garis satah atau objek yang tidak menegak dan tidak melintang. | Menengah Rendah |
garis selari | parallel lines | Garis-garis lurus yang jarak tegaknya sentiasa sama antara satu sama lain, yang tidak bertemu atau tidak bersilang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama kadar atau bentuk, atau tidak malar. | Menengah Rendah |
tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang melebihi suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak kurang daripada 2. | Menengah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5. | Menengah Rendah |
peristiwa tak bersandar | independent event | Peristiwa yang tidak dipengaruhi oleh peristiwa yang lain. Contohnya, jika peristiwa A berlaku, hal ini tidak akan mempengaruhi peristiwa B. | Menengah Atas |
nombor tak nisbah | irrational number | Nombor yang tidak dapat dinyatakan sebagai hasil bahagi dua integer. Bahagian perpuluhan nombor ini tak terhingga dan tidak berulang. | Menengah Atas |