tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang melebihi suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak kurang daripada 2. | Menengah Rendah |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang lebih besar daripada atau sama dengan nilai suatu nombor lain. Simbolnya ialah ≥. Contohnya, nombor 2, 3 dan 4 tidak kurang daripada 2 atau x ≥ 2. | Menengah Atas |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5. | Menengah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada atau sama dengan nilai satu nombor lain. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, nombor 3, 4 dan 5 tidak lebih daripada 5 atau x ≤ 5. | Menengah Atas |