trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang mengkaji segi tiga dan hubungan antara sisi segi tiga dengan sudutnya serta penggunaannya berdasarkan fungsi-fungsi trigonometri. | Menengah Atas |
fungsi trigonometri | trigonometric function | Fungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
trigonometri | trigonometry | Cabang matematik yang berkaitan dengan hubungan antara sisi segi tiga dan sudutnya serta juga penggunaannya. | Menengah Rendah |
nisbah trigonometri | trigonometric ratio | Nisbah yang menghuraikan hubungan antara sisi-sisi dalam satu segi tiga bersudut tegak. Lihat Contoh | Menengah Atas |
rumus penurunan | reduction formula | Fungsi trigonometri berkaitan sudut 90° ± θ, 180° ± θ dan 270° ± θ dengan 0° < θ < 90°. | Menengah Atas |
rumus sudut berganda | double angle formula | Persamaan yang mengungkapkan fungsi trigonometri sudut secara berganda. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sudut rujukan | reference angle | Sudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. Lihat Contoh | Menengah Atas |