Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
haridayTempoh selama 24 jam, dari tengah malam hingga tengah malam hari yang berikutnya. 1 hari = 24 jam.Sekolah Rendah
matriks samaequal matrixMatriks yang mempunyai susunan dimensi yang sama dan semua unsur yang sama pada kedudukan yang sepadan. Contohnya, matriks (1 2 3) dan (1 2 3) ialah matriks sama.Menengah Atas
cukaitaxWang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohSekolah Rendah
sifarzero1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0.Menengah Rendah
graf garisline graphGraf yang terhasil daripada garis yang menyambungkan titik-titik yang mewakili data tertentu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
sudut berselang-selialternate anglesDua sudut yang terbentuk apabila satu garis bersilang dengan dua garisan yang lain, pada sebelah yang bertentangan dengan garis mengufuk dan bertentangan antara satu sama lain. Jika kedua-dua garisan yang bersilang selari, sudut berselang-seli akan mempunyai darjah yang sama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
temberengsegment1. Bahagian suatu bulatan yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok tersebut. 2. Rantau yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas dalam suatu bulatan.Menengah Atas
kubus unitunit cubeKubus yang mempunyai dimensi 1 unit × 1 unit × 1 unit. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Rendah
julatrange1. Dalam statistik, julat ialah perbezaan antara nilai yang terbesar dengan nilai yang terkecil dalam suatu set data. 2. Dalam hubungan, julat ialah subset kodomain yang merupakan imej bagi objek dalam domain.Menengah Atas
setaraequivalentPerihal dua kuantiti yang mempunyai paparan yang berbeza, tetapi mempunyai nilai yang sama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat ContohMenengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas