Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi.

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 

3.1       Tanggungjawab Pengurusan Universiti

3.1.1   Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi:

a.     Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

            b.        Memastikan sumber disediakan untuk membangun .....

Tatabahasa02.04.2024
Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih.

1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan  “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.1">

2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.1">

3. Kata “dengan”  boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.
Tatabahasa05.10.2022
Soalan 1. Ayat 1 : "Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya". Mengapakah kata sendi nama "pada" digunakan tetapinya bukan "kepada". Apakah alasannya yang menjadikan ayat ini gramatis.Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya. Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran bagi kata kerja berkenaan. Kata sendi nama "pada" berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274 - 275.


Tatabahasa07.09.2021
Ayat mana yang lebih tepat ya? 11x Kelebihan 11 Kelebihan dalam 1 11 dalam 1 Kelebihan Terima kasih.Cadangan ayat yang tepat ialah 11 kebaikan dalam 1.Sastera02.03.2023
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
Adakah salah penggunaan ayat dalam persuratan seperti berikut: Contoh penggunaan simbol (x) (1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera) 1. Adalah dimaklumkan bahawa 1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera diarahkan membuat tugas operasi di Selatan Thailand.
Penggunaan bahasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa seorang pegawai dan lima orang anggota tentera terlibat dalam operasi di Selatan Thailand". Walau bagaimanapun,  Angkatan Tentera Malaysia termasuk Tentera Darat mempunyai gaya dan format tersendiri dalam penulisan surat-menyurat dan dokumen rasmi. 

Tatabahasa16.06.2022
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
  2. Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492.

Tatabahasa09.06.2024
1)Saya mahu membeli sayur ini keseluruhannya. 2)Secara keseluruhan, dia ialah murid yang pandai. 3) Pada keseluruhan, dia ialah murid yang pandai. Adakah ayat -ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah:

i. Saya mahu membeli keseluruhan sayur ini.
ii. Secara keseluruhannya, dia murid yang pandai.
Tatabahasa03.06.2024
1. Suhana ternampak seorang nenek membawa barang yang banyak. 2. Suhana ternampak seorang nenek yang membawa banyak barang. Ayatyang mana satu betul? Tolong jelaskan mengapakah pilih jawapan itu. Sekian. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Suhana ternampak seorang nenek membawa banyak barang". Frasa "banyak barang" adalah betul, iaitu bilangan + objek sama seperti "tiga kereta" dan "lima buah tembikai". Kata "banyak" ialah kata bilangan tak tentu.Tatabahasa06.06.2024
1. buku teks Bahasa Melayu atau buku teks bahasa Melayu? Dalam situasi apakah bahasa Melayu digunakan sebagai kata nama khas? 2. buku teks Matematik atau buku teks matematik?
  1. Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Bahasa Melayu’. Frasa ‘Bahasa Melayu’ yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
  2. Frasa yang tepat ialah ‘buku teks Matematik’. Perkataan ‘Matematik’ yang dieja dengan huruf M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.
Tatabahasa28.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas