| Yang manakah ejaan yang betul bagi padanan United Arab Emirates? 1) Emirriyyah Arab Bersatu (menurut Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia); atau 2) Emiriah Arab Bersatu (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan); atau 3) Emiriyah Arab Bersatu (menurut Istilah Sains Politik pada laman PRPM). Terima kasih kerana membantu. | Ejaan yang diterima pakai adalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu “Emiriah Arab Bersatu”. | Ejaan | 30.05.2019 |
| Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu) | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor. Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini. Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2018 |
| Saya ingin tahu bagaimana nama Amerika Syarikat terhasil? Sedangkan dalam Bahasa Inggeris namanya United Stated of America? dan Bukan Negeri Bersatu Amerika Dan mengapa United Arab Emirates tidak diterjemahkan sebagai Emeriah Arab Syarikat. | Untuk makluman, kandungan dan garis panduan penentuan nama geografi telah disediakan dan disusun oleh jawatankuasa khas dengan merujuk panduan tertentu. Bagi nama negara di luar Malaysia, nama negara perlu dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan mengikut penyesuaian ejaan (jika perlu) berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Begitu juga nama Amerika Syarikat merupakan nama khas yang telah mantap dan telah lama digunakan, ia berbeza dengan United Arab Emirates, sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu Emiriah Arab Bersatu. | Lain-lain | 14.06.2021 |