tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA DATARAN SUNGAI | <b>ميدنb><b> b><b>سليراb><b> b><b>داترنb><b> b><b>سوڠايb><b>b> | Ejaan | 15.12.2015 |
Salam Sejahtera, batuan perkataan jawi untuk :WISMA CDO terima kasih | <b>ويسما b><b>سي b><b> b><b>دي b><b> b><b>اوb><b>b> | Lain-lain | 02.07.2019 |
Perkataan Jawi untuk KEDAI MENJUAL SARANG BURUNG Terima Kasih | Pihak tuan boleh memilih seperti yang berikut: 1. KEDAI SARANG BURUNG <b>بورb><b>ڠb><b> b><b>سارb><b>ڠb><b> b><b> کداي b> Atau 2. PENJUAL SARANG BURUNG <b>بورb><b>ڠb><b> b><b>سارb><b>ڠb><b> b><b> b>ڤنجوال | Ejaan | 13.07.2019 |
Yang manakah struktur perbandingan yang lebih sesuai? <b>[A]b> A didapati berbeza dengan B. <b>[B]b> A didapati berbeza daripada B. *Soalan ini untuk pilihan struktur alternatif selain "A didapati berbeza berbanding B. | Jawapan yang betul ialah A didapati berbeza daripada B. | Tatabahasa | 25.06.2024 |
Tuan, saya ingin tahu, apa sebab ayat pertama boleh tulis sebagai baju baru, tapi, ayat kedua pula tulis sebagai permainan terbaharu? 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya. 2. Ini permainan terbaharu di Internet. Terima kasih. | Kata <b>barub> dan <b>baharub> dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Akan tetapi, lazimnya penggunaan <b>barub> dan <b>baharub> sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah <b>barub>/<b>baharub>, tahun <b>barub>/<b>baharub>, baju <b>barub>/<b>baharub>. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala <b>barub> sebagai kata bantu digunakan dalam konteks <b>barub>-<b>barub> ini, <b>barub> tiba, <b>barub> sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 15.06.2020 |
apakah nama bahasa rasmi Malaysia? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? dan apakah yang sesuai digunakan untuk tujuan teknologi? seperti di telefon, komputer, lesen IT. | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa <b>bahasab> kebangsaan ialah <b>bahasa b>Melayu tidak berubah, maka nama <b>rasmib> <b>bahasab> kebangsaan negara <b>Malaysiab> ialah <b>bahasab> Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak <b>rasmib>, apabila merujuk kepada <b>bahasab> yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat <b>Malaysiab>, istilah <b>bahasab> <b>Malaysiab> boleh digunakan dan menjadi bahasa pengantar sistem persekolahan, <b>bahasa b>komunikasi sosial, <b>bahasab> ilmu, <b>bahasab> teknologi maklumat, dan <b>bahasab> perpaduan, di samping istilah <b>bahasab> Melayu. | Lain-lain | 22.04.2019 |
Tuan / Puan, Mohon saranan tuan / puan untuk padanan yang betul dalam Bahasa Inggeris untuk istilah-istilah di bawah : 1. Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) 2. Bahagian Pejabat Rekod dan Penerimaan KWSP 3. Unit Kebajikan Penjara Institusi 4. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan berdekatan 5. Unit Kebajikan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia 6. Hari Jabatan Penjara Malaysia Terima Kasih. | DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil <b>terjemahanb> <b>bahasab> <b>Inggerisb> kepada <b>bahasab> Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam <b>bahasab> <b>Inggerisb> kepada <b>bahasab> Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan <b>terjemahanb>. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.06.2017 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan 'pada peringkat' dan 'di peringkat'. 2. Sama ada rangkai kata 'anak kunci' dan kosa kata 'kunci' membawa maksud yang sama? | 1. Kata sendi nama "<b>padab>" digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan yang betul ialah "<b>padab> <b>peringkat.b>" Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan. 2. Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud <b>kuncib> dan <b>anakb> <b>kuncib>: 1. alat yg terdiri daripada mangga (ibu <b>kuncib>) dan pembukanya (<b>anakb> <b>kuncib>) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = <b>anakb> ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan <b>anakb> <b>kuncib><b>.b> | Makna | 21.07.2017 |
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan. | 1. Makna garis panduan:<b> b>(i)<b> b>panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan. 2. Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok. 3. Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans. Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN. | Makna | 30.12.2016 |
Merujuk semula kepada jawapan daripada KND pada 29/05/2017 Padanan yang sesuai bagi <b>head-up displayb> dalam biadang aeroangkasa dan kejuruteraan kapal terbang ialah <b>papar pandub>. Mengikut keterangan yang tuan/puan memberikan, dalam data kami istilah yang dimaksudkan tuan/puan ialah <b>HMD (head mounted display)b> yang bermaksud <b>HMD (paparan lekap kepala)b> dalam <b>bidang teknologi maklumatb> yang memberikan huraian sistem paparan yang dipakai di kepala seperti gogel yang memberi ilusi monitor yang terapung. HMD digunakan dalam aplikasi realiti maya. Soalan saya yang asal memang berkaitan <b>HUD dalam bidang teknologi maklumatb> dan <b>bukannya HMDb>.
Keterangan yang saya berikan adalah berkaitan huraian sistem <b>paparan atas skrinb> (seperti monitor, skrin telefon), bukannya huraian sistem paparan yang dipakai di kepala (seperti gogel).
Jadi, adakah HUD dalam bidang teknologi maklumat juga perlu dipadankan kepada istilah <b>papar pandub> (istilah dalam bidang aeroangkasa) walaupun paparan HUD dalam perisian (terutamanya permainan video) yang dipaparkan dekat skrin monitor atau skrin telefon tersebut langsung tiada kaitan dengan aktiviti pandu (seperti kelajuan atau ketinggian pergerakan) dan sebaliknya memaparkan maklumat yang diperlukan oleh pengguna (seperti barangan yang boleh digunakan daripada beg yang dibawa)? | Salam sejahtera, Tuan, Merujuk maklum balas tuan, HUD dalam bidang teknologi maklumat boleh dipadankan kepada istilah papar pandu. Sekian.
| Istilah | 30.05.2017 |