Mohammad Ali Hj Ngali MON 8:43AM Mohammad Ali Hj Ngali Mohammad Ali Hj Salam sehati sejiwa.. persatuan kami ingin bekerjasama..dan ingin terlibat pada hari pelancaran bulan kebangsaan 2016 yang akan diadakan di Tawau. | Kami amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak yang berwenang dalam hal sambutan bulan kebangsaan. Untuk sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di DBP Cawangan Sabah melalui alamat: Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-439 314. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Nooraidah Hj Ahmad FRI 10:20AM assalamualaikum dan selamat pagi Anak saya ada menghantar borang langganan majalah Dewan Pelajar melalui DBP Cawangan Kota Kinabalu Sabah pada bulan November 2015.Tapi sehingga kini belum sampai majalah.Mohon semakan tuan/puan. MUHAMMAD ADIB FAHMIE BIN MUJAHIDIEN 040915160237 LOT 134,FASA 1, LORONG PATUMA 9, RUMAH MURAH KEPAYAN, 88200 KOTA KINABALU, SABAH 012-8254530/0128390318 | Aduan puan kami panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jika puan ingin mendapatkan maklumat langsung daripada pihak berkenaan, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul. | Lain-lain | 11.12.2015 |
Zulkarami Ibn Hj Rameli SAB 8.57 PTG Salam admin..boleh saya tahu maksud "belit-belit otak"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada perkataan "belit otak" yang ditemukan ialah "putar otak" memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah). dalam Khidmat Nasihat DBP terdapat perkataan belit-belit akal (daripada brain teaser ) yang membawa maksud masalah yang rumit ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya). | Makna | 13.06.2017 |
Haji atau Hj (dlm. surat) | Haji | Istilah | 17.12.2014 |
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TK | Yang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar. | Tatabahasa | 08.03.2009 |
Pengaca sukan Hj Hasbullah selalu menggunakan perkataan "menembak bola" dihadapan pintu gol. Setahu saya menembak melibatkan senjata api, memang betul bahasa inggeris mengatakan " the ball is shoot" atau " shoot the ball", dalam B. Melayu banyak perkataan tendang, sepak, teranjang, badik tetapai tidak ada perkataan "tembak bola". Betulkah apa yang saya kata ni. | Penggunaan kata tembak tersebut memang salah. Ungkapan yang betul ialah menjasringkan bola. | Tatabahasa | 19.12.2007 |
Azalia Hj Abu SAB 9.18 PTG Azalia Hj Abu Azalia Salam. Saya mahu jadi ahli DBP. Bagaimana caranya? T.kasih. | Untuk makluman puan, iklan jawatan kosong di DBP akan diiklankan melalui laman web kami dan akhbar harian utama berbahasa Melayu. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 06.05.2017 |
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke? | Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2015 |
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima Kasih | Salam sejahtera, Penggunaan gelaran yang betul ialah Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2017 |
1. Manakah yang betul; Tn. Hj. Muhammad atau Tuan Haji Muhammad? 2. Dalam penulisan biasa, sapaa akan dibubuh seperti berikut; Y.B. Dato' Ahmad; Y.Bhg. Datuk Abu; En. Abdul; Tn. Hj. hasim; Bagaimana kepada yang mereka yang bergelar Doktor (PhD)? tk. | 1. Kedua-duanya betul namun seelok-eloknya dieja penuh Tuan Haji Muhammad. 2. Penggunaan/ejaan yang betul ialah YB Dato' Ahmad, YBhg. Datuk Abu, Encik Abdul, Tuan Haji Hasim dan Tuan Dr. Halim. | Tatabahasa | 29.06.2011 |