Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (inspéktor) 1. pegawai yg memeriksa sama ada peraturan, standard, dll dipatuhi atau tidak, pemeriksa, merinyu. 2. = ~ polis pegawai polis yg pangkatnya lebih tinggi drpd sarjan dan di bawah penguasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /inspéktor/ 1 orang yg kerjanya memeriksa (sekolah, kesihatan awam dll). 2 pegawai polis bertauliah yg paling rendah pangkatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Inspektor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? 'polis inspektor' atau 'inspektor polis' terima kasih.Yang betul ialah inspektor polis.Tatabahasa19.01.2009
"Inspektor Gajah terkejut dengan/akan apa yang didengarinya." Yang manakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Selain itu, adakah "apa" boleh digunakan dalam konteks ayat di atas? Bagaimana pula dengan "siapa" dalam ayat berikut: "Saya tidak tahu siapa mencuri dompet saya." Terima kasih.

Ayat yang betul "Inspektor Gajah terkejut dengan berita yang didengarinya." - apa adalah untuk ayat tanya

"Saya tidak tahu siapakah yang mencuri dompet saya."

Tatabahasa16.06.2011
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYUMerinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU?Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor.Istilah12.04.2012

Kembali ke atas