Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ musang kantung tempat jebat (kes­turi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti diri kedua (tidak membeza­kan taraf, tingkat dan umur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata ganti nama diri kedua; engkau; kamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
untuk paparan di kaunter pertanyaan yang mana sesuai" boleh kami membantu anda?" "anda perlukan bantuan?" atau ayat lain yang bersesuaian.Ayat yang sesuai ialah "Bolehkah kami membantu anda?" dan "Anda perlukan bantuan?"Tatabahasa29.01.2009
Percayalah, apa yang dirasakan anda tentang sesuatu perkara itu hasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang masalah hedonisme yang semakin berleluasa di kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai-bagai langkah telah kerajaan ambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihSdr, berikut adalah pembetulan yang dapat difikirkan ketika ini. untuk alasannya rujuk buku Tatabahasa Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof Datuk Dr. Asmah Hj. Omar .Terima kasih Ejaan yang salah – merialisasikan -merealisasikan Menganalisa - menganalisis Berserta - berserta. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu adalah hasil daripada cara anda memikirkannya. Jika sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang dirasakan oleh anda. Mereka membincangkan tentang hedonisme yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dewasa kini walaupun pelbagai langkah telah ambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas berserta dengan alasan-alasannya.Terima kasihTatabahasa26.09.2007
peringkat-peringkat perancangan bahasa

Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah :

1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006

2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989

3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992

Lain-lain06.04.2008
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC?

Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan  seperti di bawah :

1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm

2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006

3. Za'ba dan Melayu | Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 |

Lain-lain15.07.2008
Saudara yang dihormati, Dalam ayat yang berikut: "Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini", adakah penggunaan "ingin anda" betul atau "anda ingin" sepatutnya digunakan. Apakah rasional untuk penggunaan kata-kata di atas? Jika penggunaan "ingin anda" dan "anda ingin" di atas ada bezanya, bolehkah saudara berikan contoh-contoh penggunaannya dalam situasi yang berlainan? Terima kasih kerana menjelaskan masalah di atas. Yang benar, ChetAyat yang betul ialah : Pilih aplikasi yang ingin anda segerakkan menggunakan profil ini. Mengikut hukum Aneksi Persona bagi kata ganti kedua dalam tatabahasa bahasa Melayu frasa yang betul ialah ingin anda.Tatabahasa01.04.2009
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan beri penjelasan lanjut tentang penggunaan "...yang boleh anda ..." dan "...yang anda boleh ...". Contohnya "Telefon ialah alat yang anda boleh gunakan untuk memanggil seseorang" dan "Telefon ialah alat yang boleh anda gunakan untuk memanggil seseorang". Apakah perbezaan maksud kedua-dua ayat tersebut? Bilakah masanya untuk menggunakan "...yang boleh anda..." dan "...yang anda boleh...". Harap tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih atas bantuan tuan.Kedua-dua frasa tersebut betul bergantung pada perkataan mana yang tuan hendak dahulukan sama ada "yang boleh anda" atau "yang anda boleh". Tidak ada perbezaan dari aspek makna cuma penekanan kepada perkataan boleh atau anda.Tatabahasa23.09.2012
Kebanyakan beg kelihatan serupa, sila pastikan beg anda dengan menyemak nombor daftar beg anda sebelum pulang.Kebanyakan beg kelihatan serupa. Pastikan anda menyemak nomobor daftar beg anda sebelum anda pulang.Tatabahasa24.07.2008
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Mana satu yang betul ? Siapa nama anda ? atau apa nama anda ?Siapa nama anda?Tatabahasa17.07.2010
soalannya.. Ayat yang mana satu betul ? Apa nama anda ? atau Siapa nama anda?Ayat tanya yang betul ialah, "Siapakah nama anda?" atau "Nama anda siapa?"Tatabahasa23.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas