Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat melayu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005;  6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005; 8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan Bahasa Diabaioleh  Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996.Lain-lain15.06.2008
1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa.Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP.Makna08.08.2007
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
ingin mendapat maklumat yg terperinci berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa yang menekankan tajuk bahasa tubuh yang merangkumi: 1)gerakan anggota badan 2)-kemahiran mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dgn situasi -mengaplikasikan kemahiranKesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan tulisan. Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul, sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya. Sila rujuk buku-buku yang membincangkan  kemahiran berkomunukasi.Makna06.02.2008
Dalam buku berbahasa Melayu, bagaimana kita menulis nama penyakit ataupun virus yang ada nama saintifik. Contohnya: a)Kanak-kanak itu diserang oleh virus Rotavirus. Perlukah menggunakan huruf besar atau dicondongkan?Istilah rotavirus dieja dengan huruf kecil.Istilah27.02.2012
Kesantunan berbahasa S.Nathesan Pelita Bahasa 01/04/1991 Prinsip kesantunan bahasa Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005 Budi bahasa dan kesantunan berbahasa Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 adakah artikel ini terdpt dlm laman web dbp?tqSdr bolehlah merujuk dengan bahagian Majalah DBP.Lain-lain08.08.2007
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda...Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam.Lain-lain08.03.2013
Apakah perlu perkataan "MELAKA" digantikan dengan "MALACCA" sekiranya artikel itu berbahasa inggeris atau mengekalkan sahaja perkataan "MELAKA" tersebut walaupun di dalam artikel yang berbahasa inggeris?

Perkataan Malacca telah diterima sebagai padanan bahasa Inggeris untuk Melaka. Lihat Kamus Inggeris Melayu Dewan, muka surat 923.

Ejaan25.01.2011
tuan, adakah ayat di berikut salah? walaupun usianya muda tetapi dia sudah petah berbahasa. tqAyat tersebut kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "walaupun usianya muda tetapi dia petah berbahasa".Tatabahasa16.09.2011
bagaimanakah peranan laman web dalam penguasaan berbahasa.Laman web memang berperanan dalam memberikan maklumat dan memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat selain merujuk buku dan bahan bacaan. Ini bermakna bahan/maklumat yang diperoleh boleh membantu dalam menguasai atau memahirkan penguasaan berbahasa.Lain-lain14.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas