Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?)

Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut.

Ejaan10.09.2011
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna."

a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar.

b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya.

Ejaan31.10.2011
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Datuk I & Datuk IIDatuk I - bapa kepada seseorang Datuk II - Gelaran kehormat kpd. orang yang berpangkat atau bermartabat tinggiLain-lain23.03.2007
Saya ingin bertanya, di dalam dialog berikut sama ada perkataan 'datuk', 'ayah' dan 'ibu' ditulis dengan huruf besar atau kecil: "Adam rindulah kepada datuk. Bila datuk hendak datang ke rumah Adam? Nanti Adam suruh ayah dan ibu ambil datuk, ya!" kata Adam dengan penuh kesungguhan.Perkataan datuk, ayah dan  ibu ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata.Tatabahasa24.05.2013
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat?Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat.Tatabahasa04.09.2011
Sekiranya seseorang pegawai itu mempunyai gelaran Datuk, adakah kita perlu menyatakan gelarannya dipangkal hadapan jawatannya. Contoh: jawatan beliau Ketua Eksekutif, adakah perlu dinyatakan sebagai Datuk Ketua Eksekutif dalam surat menyuratSekiranya surat tersebut ditujukan kepada Datuk, maka penulis hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada Datuk, iaitu Yang Berbahagia Datuk di awal surat. Jawatan seperti Ketua Eksekutif  ditulis selepas nama datuk tersebut di bahagian alamat.  

Contoh ;

YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa09.07.2013
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato SeriPangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara.Lain-lain27.10.2010
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul?1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan.

2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri.
Tatabahasa25.04.2013
Soalan. 1. Manakah yang betul dari segi penggunaan tanda noktah bagi penggunaan akronim bagi kata nama yang disingkatkan. eg. Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin a.) Y.A. Datuk Wira Mokhtarudin b.) YA. Datuk Wira Mokhtarudin c.) YA Datuk Wira Mokhtarudin harap pihak tuan dapat memberi jawaban dan penjelasan terhadap soalan itu kerana baru-baru ini kami ada mendengar pihak DBP membuat penyataan bahawa perkataan yang disingkatkan tidak perlu dinoktahkan. * Harap Maaf jika menggunakan ayat yang tidak gramatis. Dzulkifli TiusEjaan yang betul ialah YA Datuk Wira Datuk Wira Mokhtarudin. Sama konsep dengan YB utk Yang Berhormat dan YM untuk Yang Mulia.Tatabahasa25.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas