Rosma Hafizah 21 FEBRUARY 06:55 Rosma Hafizah Rosma Assalamualaikum. Dbp ada buat jualan buku online tak? | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 21.02.2017 |
Hafizah memegang erat-erat tangan ibunya semasa melintas jalan. atau Hafizah memegang tangan ibunya erat-era semasa melintas jalan semasa melintas jalan Munsyi, yang mana satu ayatkah yang seduai digunakan? TK | Ayat yang kedua. | Tokoh | 09.03.2013 |
Perkataan 'hafiz' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud orang yang mengamalkan al-Quran. Adakah wujud istilah 'hafizah' bagi perempuan pula? | Dalam Kamus Dewan, hafiz bermaksud orang yang memelihara dan mengekalĀkan al-Quran dalam ingatannya. Tiada entri bagi hafizah, walau bagaimanapun telah difahami hafiz/hafizah (atau perkataan lain yang sama bentuk binaannya) mempunyai maksud yang sama, hanya berbeza gender. | Makna | 14.10.2017 |
assalamua'laikum... saya nur hafizah dari UPSI..boleh tak saya nak minta biodata dan sumbangan shahrunizam abdul talib... hal ini kerana saya di minta oleh pensyarah mengkaji sajak beliau iaitu "di dada mereka ada khalid" dalam buku anak global.. saya perlukan biodata dan sumbangannya untuk dimasukkan dalam tugasan ni.. | Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. | Lain-lain | 07.03.2010 |
saya ingin bertanya sekiranya terdapat panduan untuk penulisan nama dalam sijil.adakah perlu dimasukkan gelaran/pangkat dalam sijil penghargaan. | Assalamualaikum Puan/Cik Hafizah, DBP tiada panduan khusus berhubung dengan panduan penulisan nama dalam sijil. Lazimnya, hanya nama sahaja dimasukkan dalam sijil tanpa gelaran atau panggilan. Sekian untuk makluman. | Lain-lain | 16.11.2017 |
Assalamuaikum, saya ingin bertanyakan tentang contoh atau perkatan kata - kata serapan kata saing dalam bahasa Melayu dan cara untuk menganalisi keutuhan wacana dalam sesebuah teks. | Saudara, Kata serapan atau kata asing dalam bahasa Melayu antaranya ialah auditorium, teknoligi, prosedur, proses dll. Untuk jawapan bagi soalan kedua sila hubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa atau e-mel hafizah@dbp.gov.my">hafizah@dbp.gov.my | Lain-lain | 18.09.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang data psikolinguistik yang dipunyai oleh DBP. Adakah MATA (malay test analysis)termasuk data tersebut? Saya perlu membina senarai perkataan berdasarkan beberapa kriteria seperti yang terdapat dalam MRC Psycholinguistic Database: Machine Usable Dictionary. Adakah DBP mempunyai data yang serupa seperti MRC?. Saya berharap untuk mendapat nasihat tentang hal ini bagi memenuhi keperluan kajian PhD saya di kalangan pelajar Malaysia di UK. terima kasih | Untuk mendapatkan maklumat lanjut data yang diperlukan, saudara boleh berhubung terus dengan Puan Norhafizah binti Mohammad Hussein, Pegawai di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hafizah@dbp.gov.my">hafizah@dbp.gov.my. | Penyelidikan | 09.02.2011 |
Saya ingin melakukan kajian data korpus dan memerlukan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa keluaran sepanjang tahun 2008 atau enam bulan pertama tahun 2009. Carian perkataan bagi data korpus secara online setakat ini hanya memaparkan dapatan sehingga tahun 2005 sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa yang terkini? | Terima kasih atas minat sdr. dalam kajian seumpama ini. Buat masa ini, data Majalah Dewan Bahasa yang ada di dalam pangkalan data kami ialah Dewan Bahasa Januari-Disember 1988 dan Julai-Oktober 2002 sahaja dan data ini belum dipindahkan ke sistem korpus dalam talian DBP. Ini bermakna sdr belum dapat mencapai dan memproses data ini melalui laman Web DBP. Oleh yang demikian, sekiranya sdr. berhasrat untuk menggunakan data yang ada, sila hubungi Puan Norhafizah Mohamed Husin hafizah@dbp.gov.my&New=Yes','Compose',800,600,'yes');">hafizah@dbp.gov.my, Bahagian Penyelidikan Bahasa, untuk urusan lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 19.07.2009 |